Sunday, 26 May 2013

LATIHAN

SOALAN DAN LATIHAN

  • membantu para pelajar untuk membuat latihan (Oblik dan Isometri)
 SemOga MemBantu PeLajar seDiKit SebaNyak dAlam PemBelajaRan HAriaN
Semoga BerjaYa...!!!

InsaN yaNg BerJaYa IAlah InsaN Yang senTiasa Yakin dengAN diRi SenDirI.... =)
 
SOalaN IsOmetrI
 
 



SoAlan OblIk




PETA MINDA

Tajuk Jurnal : Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Teknikal
  • Jurnal ini mengupas tentang bagaimana seseorang guru untuk berusaha menjadi guru yang efektif dan berkesan dalam bilik darjah.
  • Peranan guru penting dalam bilik darjah untuk memastikan suasana bilik darjah ceria dan keadaan pelajar selesa.
  • Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kelas antara guru dan pelajar membantu guru untuk memastikan pengajaran berjalan dengan lancar.
  • Pembelajaran turut berkesan kerana adanya pelbagai inisiatif atau langkah menarik minat pelajar yang diambil oleh guru untuk menjadikan pengajaran yang disampai berkesan dan jelas.


Wednesday, 22 May 2013

LANGKAH-LANGKAH MELUKIS LUKISAN ISOMETRI DAN OBLIK

LUKISAN ISOMETRI


LUKISAN OBLIK

Lukisan Isometri



Pengenalan

Paksi isometri ialah kedudukan dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya melibatkan panjang, lebar dan kedalaman. Paksi asas isometrik adalah seperti rajah dibawah. 



walaubagaimanapun, paksi isometrik boleh disusun dalam pelbagai kedudukan untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.



Kaedah melukis Lukisan Isometrik

a)      Pemilihan paksi isometrik sama ada paksi lazim, terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan kepada kedudukan objek yang akan dilukis dari arah atas, bawah, sisi, atau sebagainya. kedudukan yang hendak dilukis juga perlu dipastikan kesesuaian dengan ruangang di kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi. 



b)      Panjangkan garisan paksi isometrik yang telah dilukis. dengan merujuk kepada lukisan ortografik objek yang akan dilukis., tandakan tinggi, lebar, dan panjang yang terbesar bagi objek tersebut di atas garisan paksi isometrik. 



c)      cantumkan ukuran-ukuran yang telah ditandakan dengan garisan lurus sehingga terbentuk kotak asas. Perlu diingat bahawa garisan yang digunakan untuk membina kotak asas ini hanyalah garisan binaan. 



d)     Lukiskan pandangan hadapan objek itu (bersumberkan unjuran ortografik) pada bahagian hadapan kotas asas, pandangan sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan pada bahagian atas kotak. Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak asas tersebut ke bawah dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek yang dikehendaki. 


LUKISAN OBLIK



Pengenalan

Lukisan oblik merupakan 1 lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan ini mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis berbentuk 3D. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.

Ciri-ciri Lukisan Oblik
  • Mempunyai 1 paksi yang mendatar. 
  • Mempunyai 1 paksi yang menegak. 
  • Mempunyai 1 paksi sorot bersudut 30°, 45° dan 60° dari paksi yang mendatar. 
  • Bagi paksi oblik sudut yang lebih kecil akan kelihatan ukuranya kelihatan panjang. 
  • Sudut yang lebih besar bagi objek tersebut akan kelihatan lebih jelas dan kemas jika dilihat melalui pandangan atas.
rajah 5.1



Jenis lukisan oblik
  • Oblik kavalier (saiz penuh) 
  • Oblik kabinet (setengah dari saiz penuh) 
  • Oblik am (3/4 dari saiz penuh) 



kavalier
  • Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama 
  • Sudut yang biasa digunakan adalah 30°, 45° dan 60° 
rajah 5.2


kabinet
  • Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja. 
  • Ukuran pada paksi surut adalah ½ dari skala penuh 



AM
  • Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja 
  • Ukuran pada paksi surut adalah ¾ dari skala penuh 
  • Lukisan ini jarang digunakan berbanding kavalier dan kabinet 


Thursday, 9 May 2013

Set Induksi



Pengenalan Set Induksi
Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.

Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah 

  • menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, 
  • gaya pergerakan seperti isyarat  tangan  dan kepala.
  • guru boleh menggunakan alat audio visual 
  • perlu memotivasikan pelajar seperti teknik bersoal jawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik.
Guru perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.



Kepentingan Set Induksi


  • bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran yang akan disampaikan selepas itu. 
  • mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. 
  • mengubah dan membina aliran serta tumpuan fikiran pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru. 
  • memberi ruang kepada guru melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya.