Pengenalan
Paksi isometri ialah kedudukan
dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya
melibatkan panjang, lebar dan kedalaman. Paksi asas isometrik adalah seperti
rajah dibawah.
walaubagaimanapun, paksi isometrik boleh disusun dalam pelbagai kedudukan
untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.
Kaedah melukis Lukisan Isometrik
a) Pemilihan paksi
isometrik sama ada paksi lazim, terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan
kepada kedudukan objek yang akan dilukis dari arah atas, bawah, sisi, atau
sebagainya. kedudukan yang hendak dilukis juga perlu dipastikan kesesuaian
dengan ruangang di kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi.
b) Panjangkan
garisan paksi isometrik yang telah dilukis. dengan merujuk kepada lukisan
ortografik objek yang akan dilukis., tandakan tinggi, lebar, dan panjang yang
terbesar bagi objek tersebut di atas garisan paksi isometrik.
c) cantumkan
ukuran-ukuran yang telah ditandakan dengan garisan lurus sehingga terbentuk
kotak asas. Perlu diingat bahawa garisan yang digunakan untuk membina kotak
asas ini hanyalah garisan binaan.
d) Lukiskan
pandangan hadapan objek itu (bersumberkan unjuran ortografik) pada bahagian
hadapan kotas asas, pandangan sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan
pada bahagian atas kotak. Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak
asas tersebut ke bawah dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek
yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment